Sempena Ramadhan ini marilah kita merenung sedikit tazkirah
pendek..Insaallah semoga kulaan barataan mendapat keberkatan bulan mulia
ini..Kulaan jika ada tazkirah sila lah menambah tazkirah lain untuk
mendapat keberkatan..Nya..AMin
RASULULLAH SAW BERSABDA: "Sampaikanlah Pesananku Kepada Umatku Yang Lain Walaupun Dengan Sepotong Ayat"
Hadis : Mensyukuri nikmat Hadis : Rasulullah
s.a.w bersabda yang maksudnya:"Sesungguhnya Allah mengurniakan kepada
sesuatu kaum itu nikmat yang kekal berada bersama mereka selagi
digunakan untuk menunaikan hajat mereka yang memerlukan . Apabila mereka
ini berpaling daripada berbuat sedemikian maka Allah akan pindahkan
nikmat tersebut kepada kaum yang lain pula." Riwayat Tabrani
Huraian : i)
Segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada kita hendaklah
digunakan bertepatan dengan tujuan ia diberikan. Itulah tanda kesyukuran
yang dituntut oleh Islam.
ii) Setiap muslim janganlah bersifat
kedekut untuk melakukan amal kebajikan dan bersedia memperbaiki segala
amal perbuatannya kerana Allah akan memberi ganjaran walau sekecil mana
pun amalan tersebut.
iii) Kita hendaklah mengambil pengajaran di
atas kesusahan yang menimpa orang lain agar terbit rasa bersyukur di
dalam diri dan supaya kita tidak mempersia-siakan nikmat yang diperolehi
kerana nikmat yang tidak disalahgunakan dan tidak disyukuri akan
ditarik balik oleh Allah S.W.T. |
No comments:
Post a Comment