Pada suatu petang, sewaktu turun dari bas selepas balik dari kerja, saya
ternampak seorang lelaki di hentian bas. Melihat dari rambut dan
pakaiannya yang tidak terurus saya mengagak lelaki tersebut tidak
siuman. Apabila saya menapak untuk menuju ke lorong rumah sewa saya yang
lebih kurang 300 meter dari situ, lelaki tersebut mula mengekori saya.
Dengan perasaan yang berdebar saya mempercepatkan langkah, lelaki itu
juga mempercepatkan langkah menghampiri saya....apalagi lagi, dengan
berbaju kurung saya pun pecut, dia pun pecut mengejar saya. Jantung
berdegup kencang.....selepas beberapa ketika berlari, ada sekumpulan
makcik dan pakcik sedang melepak ditepi lorong. Saya pun berhenti dekat
pakcik dan makcik2 tu kalau-kalau mereka sanggup melindungi saya.
Tiba-tiba bahu saya di cuit dari belakang,....rupa-rupanya lelaki yang
tak siuman tu dah berada di belakang saya. Lantas dia menghulurkan
sekeping pembalut gula-gula hacks pada saya. Saya pun mengambil pembalut
gula-gula tersebut. Lelaki tersebut terus meninggalkan saya. .....hai,
kalaulah saya tahu lelaki tersebut cuma nak bagi pembalut gula2 hacks tu
tak perlu la saya pecut sampai berpeluh...
Makcik2 dan pakcik2 di tepi lorong tu hanya tersenyum memandang gelagat
saya dengan orang gila tu.... mereka kenal lelaki tersebut, dia cuma
ingin menderma barang2 yang dikutipnya di mana-mana....saya pun
meninggalkan mereka dengan muka tebal
Bagaimanapun, lain kali kalau dikejar orang gila lagi, saya tetap akan
lari sebab saya tak tahu niat sebenar orang tu.....kita tak tahu orang
yang tidak kita kenal tu merbahaya atau tidak....
No comments:
Post a Comment